SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Jumaat, 18 Februari 2011

Badminton Tempat Kedua

Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton lelaki sekolah ini kerana telah mendapat kedua dalam pertandingan badminton Zon 2 Melalap. Pasukan ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Affindy dan beliau berpuas hati dengan keputusan ini.

Baca seterusnya...

Selasa, 15 Februari 2011

Melentur Buluh Dari Rebung...

Baca seterusnya...

Khamis, 10 Februari 2011

7 Pemain Hoki Ke Peringkat Negeri

Tahniah diucapkan kepada 7 pemain hoki sekolah yang telah terpilih untuk bermain dalam pasukan Hoki Bahagian Pedalam Atas ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 2 hingga 5 Mac 2011 di Kota Kinabalu.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan pusat di SK Kepayan Baru, Keningau selama 2 minggu.
Sebelum itu sekolah ini telah menghantar 3 pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Pasukan lelaki telah mendapat tempat keempat dari 9 pasukan yang bertanding. Menurut jurulatih pasukan En. Mohd. Azlan berkata, beliau amat berpuas hati dan berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain yang kesemuanya adalah pelajar dari sekolah ini, walaupun latihan cuma 4 hari sahaja disebabkan rata-rata pemain terlibat dengan latihan aktiviti sukan yang lain dan jadual pertandingannya terlalu hampir dengan karnival. Pasukan lelaki tewas di separuh akhir dan perlawan merebut tempat ke-3 dan ke-4 pasukan sekolah sekali lagi tewas dengan pasukan SK Binowo, Sook.
Bagi pasukan perempuan pula Team A telah mendapat tempat ketiga manakala Team B pula rata-rata pemainnya terdiri dari pelajar tahun 3 hingga tahun 5 mendapat tempat ke-6. Pasukan Team B dihantar untuk bertanding bertujuan memberi pendedahan awal kepada pertandingan seterusnya menjadi pelapis pasukan pada tahun akan datang.
Berikut adalah 7 pemain yang terpilih untuk ke peringkat negeri Hoki 12 tahun ke bawah.

Baca seterusnya...

Isnin, 7 Februari 2011

Karnival Hoki 2011

Tahun ini sekali lagi SK Jawa Sumbiling telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk mewakili daerah Tenom ke  Karnival Hoki 2011 Peringkat MSSM Zon Pedalaman bagi pemilihan wakil ke peringkat negeri. Di harapkan tahun ini akan menjadi tahun yang bertuah untuk pasukan sekolah ini.

Baca seterusnya...

Selasa, 1 Februari 2011

Jawa Sumbiling Tetap Unggul

Baca seterusnya...