SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Isnin, 7 Mac 2011

2 Pemain Hoki Ke Peringkat Kebangsaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Cherlyn Leny Goden dan adik Rozaila Jainudin kerana telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun negeri Sabah yang akan diadakan di negeri Johor pada hujung bulan Mei nanti. Di harap mereka akan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada pertandingan itu nanti. Dua lagi pelajar yang turut serta dalam kejohanan pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun mewakili Bahagian Pedalaman ialah adik Muzdalifah Mahali dan adik Aina Rozana Mohd Azlan
Selain dari itu pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun Bahagian Pedalaman kerana telah menjadi naib juara  peringkat negeri Sabah yang telah diadakan bertempat di UMS pada 2 hingga 4 Mac lalu. Tiga dari pelajar sekolah ini telah turut serta dalam pasukan tersebut. Mereka ialah adik Mohd Azhar Manap, adik Mohd Tarmizan Taupit dan adik Granson Goden.
Walaupun 5 dari 7 pemain hoki sekolah ini tidak terpilih untuk mewakili pasukan Negeri Sabah tahun ini mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk bermain dan diharapkan 4 dari 7 pelajar tersebut masih lagi berpeluang untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi pada kejohanan tahun hadapan kerana mereka masih  lagi berada di tahun 4 dan 5. Kecuali adik Mohd Azhar Manap: teruskan bermain untuk pasukan sekolah menengah nanti. Syabas dan tahniah.....

Baca seterusnya...