SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Isnin, 6 Disember 2010

Ustazah Haizan Kahwin

Antara kakitangan SK Jawa Sumbiling yang hadir pada hari tersebut
 
Seluruh warga SK Jawa Sumbiling mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" khas kepada ustazah Norhaizan dan suami kerana telah selamat diijab kabulkan pada hari Jumaat, 3 Disember lalu di Kampung Sinulihan, Sook, Sabah. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa, amin..........

Baca seterusnya...

Isnin, 22 November 2010

Guru Yang Bertugas Sepanjang Cuti Sekolah

1. 22 November - 26 November 2010    = Datin Maria Chung 
                                                           Encik Hamzah Jumadi

2. 29 November - 03 November 2010    = Puan Haini Hj. Suparno


3. 06 Disember - 10 Disember 2010     = Puan Jumirisa Mesidi


4. 13 Disember - 17 Disember 2010     = Tuan Hj. Agimin Simun


5. 20 Disember - 24 Disember 2010     = Puan Albita Guldam Jad


6. 27 Disember - 31 Disember 2010     = Ustaz Muhamad Nizam Ismail

Baca seterusnya...

Ahad, 21 November 2010

Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah 2010

Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat, 19 November yang turut disertai sama majlis Konvokesyen Prasekolah. Majlis kali ini dirasmikan oleh wakil PPD Tenom, Encik Matusin Balang. Dalam ucapannya beliau menegaskan kepada ibubapa
betapa pentingnya pendidikan pada anak-anak untuk masa depan mereka.
     Disamping itu juga beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana 14 daripada 19 orang pelajar di sekolah ini telah berjaya lulus semua mata pelajaran dalam keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Secara keseluruhan sekolah ini telah berjaya meningkatkan keputusan dari 38% tahun lalu ke 74% pada tahun ini.
     Dalam majlis ini adik Nadira Natasha Rahiman telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik dan adik Muhammad Talhah Tukirin pula menerima Anugerah Ko-Kurikulum Terbaik keseluruhan.
Penyelaras majlis, Ustazah Muryani mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini yang telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada jam 11.00 pagi. Slide Show

Baca seterusnya...

Isnin, 15 November 2010

Bengkel Bina Blog

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pasukan "SCHOOLNET TENOM" kerana berusaha untuk membantu sekolah-sekolah di daerah ini untuk mewujudkan blog masing-masing.

Baca seterusnya...