SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Ahad, 21 November 2010

Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah 2010

Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat, 19 November yang turut disertai sama majlis Konvokesyen Prasekolah. Majlis kali ini dirasmikan oleh wakil PPD Tenom, Encik Matusin Balang. Dalam ucapannya beliau menegaskan kepada ibubapa
betapa pentingnya pendidikan pada anak-anak untuk masa depan mereka.
     Disamping itu juga beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana 14 daripada 19 orang pelajar di sekolah ini telah berjaya lulus semua mata pelajaran dalam keputusan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Secara keseluruhan sekolah ini telah berjaya meningkatkan keputusan dari 38% tahun lalu ke 74% pada tahun ini.
     Dalam majlis ini adik Nadira Natasha Rahiman telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik dan adik Muhammad Talhah Tukirin pula menerima Anugerah Ko-Kurikulum Terbaik keseluruhan.
Penyelaras majlis, Ustazah Muryani mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini yang telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada jam 11.00 pagi. Slide Show

0 ulasan:

Catat Ulasan