SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Jumaat, 14 September 2012

Dapat Tandas Baru...

Baca seterusnya...

Selasa, 11 September 2012

Selamat Berjuang

Jawa Sumbiling 11 Sept. - Sebahagian calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tekun menjawab soalan di dewan peperiksaan sekolah di sini hari ini. UPSR bermula di seluruh negara mulai hari ini hingga Khamis. - C-Jack

Seramai 26 orang calon yang berdaftar menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Jawa Sumbiling mulai hari ini hingga Khamis. Pihak sekolah mendoakan agar semua calon berjaya dengan cemerlang.

Baca seterusnya...

Isnin, 10 September 2012

Amanat Terakhir

Hari ini di tapak perhimpunan rasmi sekolah dipenuhi dengan amanat-amanat yang ditujukan khas kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada esok hari. Bermula dengan guru yang bertugas pada minggu ini Ustazah Roslina, telah memberikan beberapa tip kepada pelajar sebelum dan semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Antara tip-tip yang diberikan ialah sebelum melangkah ke sekolah minta restu dengan kedua ibubapa, sebelum masuk ke dewan peperiksaan baca doa serta perbanyakan selawat dan mulakan menjawab soalan dengan membaca BISMILLAH. Itu antara tip-tip yang diberikan oleh beliau.

            Begitu juga dengan guru besar, En Sani awang Ali sekali lagi mengingatkan para pelajar supaya menjawab dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik.

Baca seterusnya...

Jumaat, 7 September 2012

PROGRAM RESTU dan SOLAT HAJAT


Guru Besar menyampaikan sumbangan
alat tulis kepada pelajar
Khamis - 06 September, satu majlis telah diaturkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah ini iaitu Program Restu. Pada majlis ini semua pelajar tahun 6 bersalaman dengan semua guru di sekolah ini bertujuan memohon ampun dan maaf serta restu bagi menghalalkan semua ilmu yang telah dipelajari.
                Pada majlis yang sama 19 pelajar yang lulus ujian percubaan baru-baru ini diberi hadiah sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada peperiksaan yang sebenar pada minggu depan. Encik Sani Awang Ali, guru besar sekolah ini dalam ucapannya berkata, pihak sekolah tidak mengharapkan apa-apa balasan dari murid-murid tetapi apa yang pihak sekolah harapkan ialah kejayaan pada keputusan yang cemerlang pada peperiksaan nanti. Dalam majlis yang diadakan dalam suasana yang sederhana ini bertambah meriah dengan adanya majlis Rumah Terbuka tahun 6 khas untuk guru-guru dan KTBM sekolah ini yang di ketuai oleh guru kelas mereka cikgu Nisma Jahilu. Pada majlis ini juga pihak sekolah telah menyumbangkan alat tulis kepada 27 orang pelajar yang menduduki peperiksaan kali ini.

Sebahagian pelajar yang hadir pada
majlis solat hajat
Pada sebelah malamnya pula, semua pelajar yang beragama islam bersama- sama dengan ibubapa menunaikan solat hajat di masjid ar-Rahim Kampung Jawa Melalap. Sebelum itu bacaan Yaasin telah dijalankan yang diketuai oleh Imam Saimin bagi memohon kepada Allah supaya dipermudahkan pada murid-murid menjawab soalan UPSR nanti. Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan ringan.

Baca seterusnya...

Jumaat, 29 April 2011