Hari ini di tapak perhimpunan rasmi sekolah dipenuhi dengan amanat-amanat yang ditujukan khas kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada esok hari. Bermula dengan guru yang bertugas pada minggu ini Ustazah Roslina, telah memberikan beberapa tip kepada pelajar sebelum dan semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Antara tip-tip yang diberikan ialah sebelum melangkah ke sekolah minta restu dengan kedua ibubapa, sebelum masuk ke dewan peperiksaan baca doa serta perbanyakan selawat dan mulakan menjawab soalan dengan membaca BISMILLAH. Itu antara tip-tip yang diberikan oleh beliau.
Begitu juga dengan guru besar, En Sani awang Ali sekali lagi mengingatkan para pelajar supaya menjawab dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik.
0 ulasan:
Catat Ulasan