Seramai 26 orang calon yang berdaftar menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) di SK Jawa Sumbiling mulai hari
ini hingga Khamis. Pihak sekolah mendoakan agar semua calon berjaya dengan cemerlang.
Baca seterusnya...
Selasa, 11 September 2012
Isnin, 10 September 2012
Amanat Terakhir
Hari ini di tapak perhimpunan rasmi sekolah dipenuhi dengan amanat-amanat yang ditujukan khas kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada esok hari. Bermula dengan guru yang bertugas pada minggu ini Ustazah Roslina, telah memberikan beberapa tip kepada pelajar sebelum dan semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Antara tip-tip yang diberikan ialah sebelum melangkah ke sekolah minta restu dengan kedua ibubapa, sebelum masuk ke dewan peperiksaan baca doa serta perbanyakan selawat dan mulakan menjawab soalan dengan membaca BISMILLAH. Itu antara tip-tip yang diberikan oleh beliau.
Begitu juga dengan guru besar, En Sani awang Ali sekali lagi mengingatkan para pelajar supaya menjawab dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik.
Baca seterusnya...
Jumaat, 7 September 2012
PROGRAM RESTU dan SOLAT HAJAT
Khamis - 06 September, satu majlis telah diaturkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah ini iaitu Program Restu. Pada majlis ini semua pelajar tahun 6 bersalaman dengan semua guru di sekolah ini bertujuan memohon ampun dan maaf serta restu bagi menghalalkan semua ilmu yang telah dipelajari.
![]() |
Guru Besar menyampaikan sumbangan
alat tulis kepada pelajar |
Pada majlis yang sama 19 pelajar yang lulus ujian percubaan baru-baru ini diberi hadiah sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada peperiksaan yang sebenar pada minggu depan. Encik Sani Awang Ali, guru besar sekolah ini dalam ucapannya berkata, pihak sekolah tidak mengharapkan apa-apa balasan dari murid-murid tetapi apa yang pihak sekolah harapkan ialah kejayaan pada keputusan yang cemerlang pada peperiksaan nanti. Dalam majlis yang diadakan dalam suasana yang sederhana ini bertambah meriah dengan adanya majlis Rumah Terbuka tahun 6 khas untuk guru-guru dan KTBM sekolah ini yang di ketuai oleh guru kelas mereka cikgu Nisma Jahilu. Pada majlis ini juga pihak sekolah telah menyumbangkan alat tulis kepada 27 orang pelajar yang menduduki peperiksaan kali ini.
Pada sebelah malamnya pula, semua pelajar yang beragama islam bersama- sama dengan ibubapa menunaikan solat hajat di masjid ar-Rahim Kampung Jawa Melalap. Sebelum itu bacaan Yaasin telah dijalankan yang diketuai oleh Imam Saimin bagi memohon kepada Allah supaya dipermudahkan pada murid-murid menjawab soalan UPSR nanti. Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan ringan.
![]() |
Sebahagian pelajar yang hadir pada
majlis solat hajat |
Jumaat, 29 April 2011
Selasa, 19 April 2011
Sabtu, 26 Mac 2011
Isnin, 7 Mac 2011
2 Pemain Hoki Ke Peringkat Kebangsaan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Cherlyn Leny Goden dan adik Rozaila Jainudin kerana telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun negeri Sabah yang akan diadakan di negeri Johor pada hujung bulan Mei nanti. Di harap mereka akan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada pertandingan itu nanti. Dua lagi pelajar yang turut serta dalam kejohanan pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun mewakili Bahagian Pedalaman ialah adik Muzdalifah Mahali dan adik Aina Rozana Mohd Azlan
Selain dari itu pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun Bahagian Pedalaman kerana telah menjadi naib juara peringkat negeri Sabah yang telah diadakan bertempat di UMS pada 2 hingga 4 Mac lalu. Tiga dari pelajar sekolah ini telah turut serta dalam pasukan tersebut. Mereka ialah adik Mohd Azhar Manap, adik Mohd Tarmizan Taupit dan adik Granson Goden.
Walaupun 5 dari 7 pemain hoki sekolah ini tidak terpilih untuk mewakili pasukan Negeri Sabah tahun ini mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk bermain dan diharapkan 4 dari 7 pelajar tersebut masih lagi berpeluang untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi pada kejohanan tahun hadapan kerana mereka masih lagi berada di tahun 4 dan 5. Kecuali adik Mohd Azhar Manap: teruskan bermain untuk pasukan sekolah menengah nanti. Syabas dan tahniah.....
Baca seterusnya...
Langgan:
Catatan (Atom)


