SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Rabu, 12 Januari 2011

Wah..seronoknya!

Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah peserta yang mengikuti larian merentas desa buat julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.

Apakan tidak seawal jam 6.30 pagi ada yang sudah berkumpul di tapak perhimpunan walaupun acara akan bermula jam 7.15.Tidak ketinggalan juga guru besar En. Hamzah Jumadi turut serta dalam larian ini (sporting dan ceria nampaknya) yang berpakaian lengkap sukan dan penuh bersemangat.
Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh adik Rahmat Syahril dan kemudian memanaskan badan. Para peserta dilepaskan mengikut kelas yang mana ia di dahului dengan kelas tahun 4 diikuti dengan kelas tahun 5 dan 6. Pada kali ini, jarak larian yang dilalui oleh para peserta tidaklah begitu jauh memandangkan ini adalah kali pertama ia diadakan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan semasa aktiviti dijalankan.
 
Taklimat ringkas oleh Tn. Hj Agimin PK Kokum kepada peserta. 
Adik Rahmat membaca doa sebelum larian dimulakan.
Ha...panaskan badan dulu sebelum berlari.
Peserta mula dilepaskan.
Adik Granson mengejar di belakang adik Hazwadi.
Guru Besar berpakaian biru berusaha mengejar cikgu Affindy.
Cikgu Jun (bertudung) bersama Pn. Salina "check point" pertama.
Redah, jangan tak redah! Terpaksa melalui jalan yang berlopak
dan berlumpur.
Ini makan angin ke.., berlari?
Penat ke? Cepat, nanti dapat nombor "uncit" nanti!
Ustaz Halimi, takkan lawan budak-budak kot?
Dapatkan klip video aktiviti ini pada "MENU VIDEO" di atas.(Masih dalam proses "upload")

2 ulasan:

  1. jawa sumbiling tetap dihati....

    BalasPadam
  2. jawa sumbiling sangat sok dan mantap............gaya-gaya popular gitu lah

    BalasPadam