SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Isnin, 31 Januari 2011

Lompat Jauh & Lontar Peluru Menyinar

Itulah keputusan di hari pertama MSS Zon 2 Melalap yang mana sekolah Jawa Sumbiling telah mengungguli dalam acara lompat jauh lelaki (c) dan lontar peluru perempuan (c). Pasukan sekolah telah berjaya mendapat johan dan naib johan bagi kedua-dua acara tersebut.

Dalam acara lompat jauh lelaki, adik Tarmizan Taupit telah berjaya membuat lompatan sejauh 3.77meter dan adik Jojorikson 3.67meter. Lompat jauh perempuan (c) pula adik Mechelvin hanya mampu mendapatkan tempat kedua setelah membuat lompatan terakhirnya berjaya meletakkannya pada kedudukan tersebut walaupun ketinggalan diawal lompatannyaBagi acara lontar peluru perempuan pula, adik Nurul Syazwani telah membuat lontaran sejauh 6.75m dan adik Norfarisya Ayu 6.58m dan meletakkan mereka di kedudukan johan dan naib johan.
Walaupun begitu, dalam acara lompat tinggi lelaki dan perempuan (c) pula para peserta dari sekolah ini kurang menyerlah. Begitu juga dalam acara lontar peluru lelaki (c), 80m lari berpagar lelaki dan perempuan (c) awal-awal lagi telah tersingkir pada saringan perlumbaan.
Berikut adalah senarai acara yang mana para peserta sekolah ini layak ke peringkat akhir esok: 100m lelaki, 200m lelaki dan perempuan, 4x100m lelaki dan perempuan dan 4x200m lelaki dan perempuan. GOOD LUCK!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan