SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SUMBILING tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman blog ini...

Sabtu, 15 Januari 2011

Mesyuarat PIBG

Banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi. Guru Besar En. Hamzah Jumadi telah memberi penerangan tentang perkara yang berkaitan kewangan antaranya yuran tambahan yang perludi bayar oleh ibu bapa atau penjaga untuk sesi persekolahan tahun ini. Beliau juga telah menyentuh tentang kehadiran murid-murid ke sekolah yang mana perlu diperbaiki dan diambil perhatian kerana ia adalah salah satu faktor kejayaan akademik mereka. Selain dari itu beliau juga telah memberitahu kepada sidang mesyuarat bahawa pihak sekolah bertanggungjawab menyalurkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada murid. Oleh itu pihak ibu bapa atau penjaga disarankan untuk mendaftarkan pendapatan seisi rumah mereka ke talian E-Kasih melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Tenom.
              Bagi  pengerusi PIBG pula En. Mohd Azlan Arfan Salim telah memberi penerangan tentang tanggungjawab ahli PIBG terhadap persatuan ini; kerana kehadiran ahli tidak mencapai tahap yang disasarkan. Beliau juga memberitahu bahawa keahlian adalah wajib kepada ibu bapa atau penjaga dan penduduk kampung pula adalah terbuka. Untuk takwim PIBG tahun ini beliau telah memasukkan dalam perancangan iaitu membina lapangan permainan bersimen secara bergotong-royong. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh ahli mesyuarat. Tarikh pembinaan tersebut akan dimaklumkan secepat mungkin dalam masa terdekat ini.
              Dalam hal-hal lain pula, Tn. Hj. Agimin meminta sumbangan melalui PIBG berkenaan keperluan para peserta ke MSSN Zon 2 Melalap iaitu memerlukan satu pakain perbarisan yang mana sekolah tidak berkemampuan untuk membelinya kerana masalah kekurangan kewangan. Cadangan meminta sumbangan tersebut diterima baik oleh pengerusi dan keputusanya yuran PIBG tahun ini dinaikkan dari RM24 kepada RM50. Semua ahli mesyuarat bersetuju. Denagn yuran RM50 itu pihak PIBG akan membahagikan kutipan tersebut kepada beberapa keperluan termasuk pembelian pakaian perbarisan dan aktiviti ko-kurikulum lain seperti Pasukan MTQ dan Nasyid dan juga digunakan untuk membina padang permaian bersimen.

0 ulasan:

Catat Ulasan