Baca seterusnya...
Khamis, 20 Januari 2011
Sabtu, 15 Januari 2011
Mesyuarat PIBG
Banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi. Guru Besar En. Hamzah Jumadi telah memberi penerangan tentang perkara yang berkaitan kewangan antaranya yuran tambahan yang perludi bayar oleh ibu bapa atau penjaga untuk sesi persekolahan tahun ini. Beliau juga telah menyentuh tentang kehadiran murid-murid ke sekolah yang mana perlu diperbaiki dan diambil perhatian kerana ia adalah salah satu faktor kejayaan akademik mereka. Selain dari itu beliau juga telah memberitahu kepada sidang mesyuarat bahawa pihak sekolah bertanggungjawab menyalurkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada murid. Oleh itu pihak ibu bapa atau penjaga disarankan untuk mendaftarkan pendapatan seisi rumah mereka ke talian E-Kasih melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Tenom.
Bagi pengerusi PIBG pula En. Mohd Azlan Arfan Salim telah memberi penerangan tentang tanggungjawab ahli PIBG terhadap persatuan ini; kerana kehadiran ahli tidak mencapai tahap yang disasarkan. Beliau juga memberitahu bahawa keahlian adalah wajib kepada ibu bapa atau penjaga dan penduduk kampung pula adalah terbuka. Untuk takwim PIBG tahun ini beliau telah memasukkan dalam perancangan iaitu membina lapangan permainan bersimen secara bergotong-royong. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh ahli mesyuarat. Tarikh pembinaan tersebut akan dimaklumkan secepat mungkin dalam masa terdekat ini.
Dalam hal-hal lain pula, Tn. Hj. Agimin meminta sumbangan melalui PIBG berkenaan keperluan para peserta ke MSSN Zon 2 Melalap iaitu memerlukan satu pakain perbarisan yang mana sekolah tidak berkemampuan untuk membelinya kerana masalah kekurangan kewangan. Cadangan meminta sumbangan tersebut diterima baik oleh pengerusi dan keputusanya yuran PIBG tahun ini dinaikkan dari RM24 kepada RM50. Semua ahli mesyuarat bersetuju. Denagn yuran RM50 itu pihak PIBG akan membahagikan kutipan tersebut kepada beberapa keperluan termasuk pembelian pakaian perbarisan dan aktiviti ko-kurikulum lain seperti Pasukan MTQ dan Nasyid dan juga digunakan untuk membina padang permaian bersimen.

Rabu, 12 Januari 2011
Wah..seronoknya!
Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah peserta yang mengikuti larian merentas desa buat julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.
Apakan tidak seawal jam 6.30 pagi ada yang sudah berkumpul di tapak perhimpunan walaupun acara akan bermula jam 7.15.Tidak ketinggalan juga guru besar En. Hamzah Jumadi turut serta dalam larian ini (sporting dan ceria nampaknya) yang berpakaian lengkap sukan dan penuh bersemangat.
Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh adik Rahmat Syahril dan kemudian memanaskan badan. Para peserta dilepaskan mengikut kelas yang mana ia di dahului dengan kelas tahun 4 diikuti dengan kelas tahun 5 dan 6. Pada kali ini, jarak larian yang dilalui oleh para peserta tidaklah begitu jauh memandangkan ini adalah kali pertama ia diadakan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan semasa aktiviti dijalankan.
Dapatkan klip video aktiviti ini pada "MENU VIDEO" di atas.(Masih dalam proses "upload")
Baca seterusnya...
Selasa, 11 Januari 2011
Program 10 Minit Bahasa Malaysia
Panitia Bahasa Malaysia mendahului kalender Kurikulum tahun ini dimana telah menganjurkan "Program 10 Minit Bahasa Malaysia" yang diterajui olehPn. Haini Hj Suparno selaku Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah ini. Menurut Pn. Haini program ini merupakan salah satu usaha pihak panitia untuk membantu memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan murid terhadap tajuk-tajuk atau kemahiran yang perlu diberi bimbingan yang sewajarnya dengan kata lain melahirkan murid yang boleh berbahasa Melayu secara betul tanpa pengaruh bahasa dialek atau bahasa ibunda mereka.Sasaran program adalah kepada semua murid dan warga sekolah.
Baca seterusnya...
Khamis, 6 Januari 2011
Merentas Desa
Tahun ini kalender Ko-Kurikulum sekolah ini dimulakan dengan aktiviti merentas desa yang akan diadakan pada hari Rabu ini 12 Januari 2011 jam 7.15 pagi
bermula dari tapak perhimpunan sekolah melalui kawasan Kampung Jawa Sumbiling yang jauhnya lebih kurang 1.5 km. Aktiviti ini dianjurkan bagi tujuan menguji tahap kecergasan murid sebelum membuat pemilihan wakil sekolah ke MSSN Zon 2 Melalap yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini ialah pelajar Tahap 2 sahaja.

Sabtu, 1 Januari 2011
Kami Sudah Bersedia!!!
Itulah kata-kata yang dapat diungkapkan pada perjumpaan kali pertama pada semua kakitangan sekolah iniuntuk 2011 yang diadakan di bilik guru pada pagi tadi. Banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan terutama P&P pada tahun ini yang mana pihak pentadbir mengharapkan semua guru dapat bersedia dalam menghadapi cabaran pendidikan dan menghadapi situasi perubahan pendidikan.
Baca seterusnya...
Selamat Tahun Baru 2011
Kami warga SK Jawa Sumbiling mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2011" kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada para pelajar sekolah ini dengan harapan semoga tahun ini sekolah kita akan lebih cemerlang lagi.
Baca seterusnya...
Langgan:
Catatan (Atom)