Baca seterusnya...
Jumaat, 14 September 2012
Selasa, 11 September 2012
Selamat Berjuang
Seramai 26 orang calon yang berdaftar menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) di SK Jawa Sumbiling mulai hari
ini hingga Khamis. Pihak sekolah mendoakan agar semua calon berjaya dengan cemerlang.
Baca seterusnya...
Isnin, 10 September 2012
Amanat Terakhir
Hari ini di tapak perhimpunan rasmi sekolah dipenuhi dengan amanat-amanat yang ditujukan khas kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada esok hari. Bermula dengan guru yang bertugas pada minggu ini Ustazah Roslina, telah memberikan beberapa tip kepada pelajar sebelum dan semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Antara tip-tip yang diberikan ialah sebelum melangkah ke sekolah minta restu dengan kedua ibubapa, sebelum masuk ke dewan peperiksaan baca doa serta perbanyakan selawat dan mulakan menjawab soalan dengan membaca BISMILLAH. Itu antara tip-tip yang diberikan oleh beliau.
Begitu juga dengan guru besar, En Sani awang Ali sekali lagi mengingatkan para pelajar supaya menjawab dengan bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik.
Baca seterusnya...
Jumaat, 7 September 2012
PROGRAM RESTU dan SOLAT HAJAT
Khamis - 06 September, satu majlis telah diaturkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah ini iaitu Program Restu. Pada majlis ini semua pelajar tahun 6 bersalaman dengan semua guru di sekolah ini bertujuan memohon ampun dan maaf serta restu bagi menghalalkan semua ilmu yang telah dipelajari.
![]() |
Guru Besar menyampaikan sumbangan
alat tulis kepada pelajar |
Pada majlis yang sama 19 pelajar yang lulus ujian percubaan baru-baru ini diberi hadiah sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada peperiksaan yang sebenar pada minggu depan. Encik Sani Awang Ali, guru besar sekolah ini dalam ucapannya berkata, pihak sekolah tidak mengharapkan apa-apa balasan dari murid-murid tetapi apa yang pihak sekolah harapkan ialah kejayaan pada keputusan yang cemerlang pada peperiksaan nanti. Dalam majlis yang diadakan dalam suasana yang sederhana ini bertambah meriah dengan adanya majlis Rumah Terbuka tahun 6 khas untuk guru-guru dan KTBM sekolah ini yang di ketuai oleh guru kelas mereka cikgu Nisma Jahilu. Pada majlis ini juga pihak sekolah telah menyumbangkan alat tulis kepada 27 orang pelajar yang menduduki peperiksaan kali ini.
Pada sebelah malamnya pula, semua pelajar yang beragama islam bersama- sama dengan ibubapa menunaikan solat hajat di masjid ar-Rahim Kampung Jawa Melalap. Sebelum itu bacaan Yaasin telah dijalankan yang diketuai oleh Imam Saimin bagi memohon kepada Allah supaya dipermudahkan pada murid-murid menjawab soalan UPSR nanti. Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan ringan.
![]() |
Sebahagian pelajar yang hadir pada
majlis solat hajat |
Jumaat, 29 April 2011
Selasa, 19 April 2011
Sabtu, 26 Mac 2011
Isnin, 7 Mac 2011
2 Pemain Hoki Ke Peringkat Kebangsaan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Cherlyn Leny Goden dan adik Rozaila Jainudin kerana telah terpilih untuk mewakili pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun negeri Sabah yang akan diadakan di negeri Johor pada hujung bulan Mei nanti. Di harap mereka akan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada pertandingan itu nanti. Dua lagi pelajar yang turut serta dalam kejohanan pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun mewakili Bahagian Pedalaman ialah adik Muzdalifah Mahali dan adik Aina Rozana Mohd Azlan
Selain dari itu pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki bawah 12 tahun Bahagian Pedalaman kerana telah menjadi naib juara peringkat negeri Sabah yang telah diadakan bertempat di UMS pada 2 hingga 4 Mac lalu. Tiga dari pelajar sekolah ini telah turut serta dalam pasukan tersebut. Mereka ialah adik Mohd Azhar Manap, adik Mohd Tarmizan Taupit dan adik Granson Goden.
Walaupun 5 dari 7 pemain hoki sekolah ini tidak terpilih untuk mewakili pasukan Negeri Sabah tahun ini mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk bermain dan diharapkan 4 dari 7 pelajar tersebut masih lagi berpeluang untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik lagi pada kejohanan tahun hadapan kerana mereka masih lagi berada di tahun 4 dan 5. Kecuali adik Mohd Azhar Manap: teruskan bermain untuk pasukan sekolah menengah nanti. Syabas dan tahniah.....
Baca seterusnya...
Jumaat, 18 Februari 2011
Badminton Tempat Kedua
Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton lelaki sekolah ini kerana telah mendapat kedua dalam pertandingan badminton Zon 2 Melalap. Pasukan ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Affindy dan beliau berpuas hati dengan keputusan ini.
Baca seterusnya...
Selasa, 15 Februari 2011
Khamis, 10 Februari 2011
7 Pemain Hoki Ke Peringkat Negeri
Tahniah diucapkan kepada 7 pemain hoki sekolah yang telah terpilih untuk bermain dalam pasukan Hoki Bahagian Pedalam Atas ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 2 hingga 5 Mac 2011 di Kota Kinabalu.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan pusat di SK Kepayan Baru, Keningau selama 2 minggu.
Sebelum itu sekolah ini telah menghantar 3 pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Pasukan lelaki telah mendapat tempat keempat dari 9 pasukan yang bertanding. Menurut jurulatih pasukan En. Mohd. Azlan berkata, beliau amat berpuas hati dan berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pemain yang kesemuanya adalah pelajar dari sekolah ini, walaupun latihan cuma 4 hari sahaja disebabkan rata-rata pemain terlibat dengan latihan aktiviti sukan yang lain dan jadual pertandingannya terlalu hampir dengan karnival. Pasukan lelaki tewas di separuh akhir dan perlawan merebut tempat ke-3 dan ke-4 pasukan sekolah sekali lagi tewas dengan pasukan SK Binowo, Sook.
Bagi pasukan perempuan pula Team A telah mendapat tempat ketiga manakala Team B pula rata-rata pemainnya terdiri dari pelajar tahun 3 hingga tahun 5 mendapat tempat ke-6. Pasukan Team B dihantar untuk bertanding bertujuan memberi pendedahan awal kepada pertandingan seterusnya menjadi pelapis pasukan pada tahun akan datang.
Berikut adalah 7 pemain yang terpilih untuk ke peringkat negeri Hoki 12 tahun ke bawah.

Isnin, 7 Februari 2011
Karnival Hoki 2011
Tahun ini sekali lagi SK Jawa Sumbiling telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk mewakili daerah Tenom ke Karnival Hoki 2011 Peringkat MSSM Zon Pedalaman bagi pemilihan wakil ke peringkat negeri. Di harapkan tahun ini akan menjadi tahun yang bertuah untuk pasukan sekolah ini.
Baca seterusnya...
Selasa, 1 Februari 2011
Isnin, 31 Januari 2011
Lompat Jauh & Lontar Peluru Menyinar
Itulah keputusan di hari pertama MSS Zon 2 Melalap yang mana sekolah Jawa Sumbiling telah mengungguli dalam acara lompat jauh lelaki (c) dan lontar peluru perempuan (c). Pasukan sekolah telah berjaya mendapat johan dan naib johan bagi kedua-dua acara tersebut.
Dalam acara lompat jauh lelaki, adik Tarmizan Taupit telah berjaya membuat lompatan sejauh 3.77meter dan adik Jojorikson 3.67meter. Lompat jauh perempuan (c) pula adik Mechelvin hanya mampu mendapatkan tempat kedua setelah membuat lompatan terakhirnya berjaya meletakkannya pada kedudukan tersebut walaupun ketinggalan diawal lompatannyaBagi acara lontar peluru perempuan pula, adik Nurul Syazwani telah membuat lontaran sejauh 6.75m dan adik Norfarisya Ayu 6.58m dan meletakkan mereka di kedudukan johan dan naib johan.
Walaupun begitu, dalam acara lompat tinggi lelaki dan perempuan (c) pula para peserta dari sekolah ini kurang menyerlah. Begitu juga dalam acara lontar peluru lelaki (c), 80m lari berpagar lelaki dan perempuan (c) awal-awal lagi telah tersingkir pada saringan perlumbaan.
Berikut adalah senarai acara yang mana para peserta sekolah ini layak ke peringkat akhir esok: 100m lelaki, 200m lelaki dan perempuan, 4x100m lelaki dan perempuan dan 4x200m lelaki dan perempuan. GOOD LUCK!!!!
Rabu, 26 Januari 2011
Isnin, 24 Januari 2011
Kami Tetap Happy!!
"Perlawanan yang menarik" itulah kata-kata yang boleh dikatakan setelah melihat permainan peserta bola tampar sekolah ini. Menurut pengurus pasukan Cikgu Haini, peserta yang dipilih mewakili sekolah tahun ini ada banyak peningkatan dari sudut kemahiran melakukan "servis dan digging". Selain dari itu permainan yang menarik telah ditunjukkan oleh pemain dan mendapat pujian dari guru-guru sekolah yang lain
Baca seterusnya...
Khamis, 20 Januari 2011
Sabtu, 15 Januari 2011
Mesyuarat PIBG
Banyak perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi. Guru Besar En. Hamzah Jumadi telah memberi penerangan tentang perkara yang berkaitan kewangan antaranya yuran tambahan yang perludi bayar oleh ibu bapa atau penjaga untuk sesi persekolahan tahun ini. Beliau juga telah menyentuh tentang kehadiran murid-murid ke sekolah yang mana perlu diperbaiki dan diambil perhatian kerana ia adalah salah satu faktor kejayaan akademik mereka. Selain dari itu beliau juga telah memberitahu kepada sidang mesyuarat bahawa pihak sekolah bertanggungjawab menyalurkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada murid. Oleh itu pihak ibu bapa atau penjaga disarankan untuk mendaftarkan pendapatan seisi rumah mereka ke talian E-Kasih melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di Tenom.
Bagi pengerusi PIBG pula En. Mohd Azlan Arfan Salim telah memberi penerangan tentang tanggungjawab ahli PIBG terhadap persatuan ini; kerana kehadiran ahli tidak mencapai tahap yang disasarkan. Beliau juga memberitahu bahawa keahlian adalah wajib kepada ibu bapa atau penjaga dan penduduk kampung pula adalah terbuka. Untuk takwim PIBG tahun ini beliau telah memasukkan dalam perancangan iaitu membina lapangan permainan bersimen secara bergotong-royong. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh ahli mesyuarat. Tarikh pembinaan tersebut akan dimaklumkan secepat mungkin dalam masa terdekat ini.
Dalam hal-hal lain pula, Tn. Hj. Agimin meminta sumbangan melalui PIBG berkenaan keperluan para peserta ke MSSN Zon 2 Melalap iaitu memerlukan satu pakain perbarisan yang mana sekolah tidak berkemampuan untuk membelinya kerana masalah kekurangan kewangan. Cadangan meminta sumbangan tersebut diterima baik oleh pengerusi dan keputusanya yuran PIBG tahun ini dinaikkan dari RM24 kepada RM50. Semua ahli mesyuarat bersetuju. Denagn yuran RM50 itu pihak PIBG akan membahagikan kutipan tersebut kepada beberapa keperluan termasuk pembelian pakaian perbarisan dan aktiviti ko-kurikulum lain seperti Pasukan MTQ dan Nasyid dan juga digunakan untuk membina padang permaian bersimen.

Rabu, 12 Januari 2011
Wah..seronoknya!
Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah peserta yang mengikuti larian merentas desa buat julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini.
Apakan tidak seawal jam 6.30 pagi ada yang sudah berkumpul di tapak perhimpunan walaupun acara akan bermula jam 7.15.Tidak ketinggalan juga guru besar En. Hamzah Jumadi turut serta dalam larian ini (sporting dan ceria nampaknya) yang berpakaian lengkap sukan dan penuh bersemangat.
Acara pagi ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh adik Rahmat Syahril dan kemudian memanaskan badan. Para peserta dilepaskan mengikut kelas yang mana ia di dahului dengan kelas tahun 4 diikuti dengan kelas tahun 5 dan 6. Pada kali ini, jarak larian yang dilalui oleh para peserta tidaklah begitu jauh memandangkan ini adalah kali pertama ia diadakan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan semasa aktiviti dijalankan.
Dapatkan klip video aktiviti ini pada "MENU VIDEO" di atas.(Masih dalam proses "upload")
Baca seterusnya...
Selasa, 11 Januari 2011
Program 10 Minit Bahasa Malaysia
Panitia Bahasa Malaysia mendahului kalender Kurikulum tahun ini dimana telah menganjurkan "Program 10 Minit Bahasa Malaysia" yang diterajui olehPn. Haini Hj Suparno selaku Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah ini. Menurut Pn. Haini program ini merupakan salah satu usaha pihak panitia untuk membantu memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan murid terhadap tajuk-tajuk atau kemahiran yang perlu diberi bimbingan yang sewajarnya dengan kata lain melahirkan murid yang boleh berbahasa Melayu secara betul tanpa pengaruh bahasa dialek atau bahasa ibunda mereka.Sasaran program adalah kepada semua murid dan warga sekolah.
Baca seterusnya...
Langgan:
Catatan (Atom)